Kuchng, Mac-
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan kematian anggotanya, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, yang bertugas di Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di Kem Sri Miri, Isnin lalu.
TDM dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal dilaksanakan pasukan mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ yang dipercayai penyebab kematian anggota terbabit.
Menurut kenyataan itu, laporan awal diterima hasil bedah siasat dilaksanakan Selasa lalu di Hospital Miri, mendapati punca kematian disahkan akibat trauma tumpul pada dada, (Blunt Trauma To The Chest (Contusio Cordis) yang merujuk kepada hentakan kuat pada bahagian dada yang menyebabkan kerosakan pada jantung.
“Justeru, TDM menyerahkan kes ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. “TDM turut menubuhkan lembaga siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca dan faktor menyumbang kepada insiden itu,” katanya.


