• Login
Sunday, August 2, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Bank Rakyat peruntuk dana tambahan RM50 juta pembiayaan BRIEF-i | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
February 26, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 3 mins read
0
Bank Rakyat peruntuk dana tambahan RM50 juta pembiayaan BRIEF-i | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Kuala Lumpur, Feb-
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menerusi agensinya, Bank Rakyat mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta bagi program pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan dana berkenaan sebanyak RM100 juta.

“Langkah ini bertujuan untuk memperkasa usahawan tempatan terutamanya komuniti India bagi membolehkan mereka menambah baik pengurusan perniagaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i, di sini.

Tambah beliau, para penerima BRIEF-i juga boleh menikmati konsultasi bimbingan dan kursus latihan percuma bagi mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Bank Rakyat sudah perluaskan konsultasi dan bimbingan percuma untuk dapatkan sijil halal Jakim kepada para penerima BRIEF-i. Terdapat 18 konsultan tersedia dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke masa,” ujarnya.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, sambutan menggalakkan orang ramai mencerminkan keberkesanan program BRIEF-i dalam menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.

“Bank Rakyat berharap dapat terus memberi impak positif kepada ekonomi negara, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup usahawan tempatan.

“Selain itu, langkah ini juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan,” jelasnya.

Terdahulu, Bank Rakyat memperuntukkan RM50 juta untuk program berkenaan dan setakat 21 Februari lalu, BRIEF-i telah meluluskan pembiayaan RM49 juta kepada 512 usahawan PMKS di seluruh negara sejak ia dilancarkan pada Jun 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai program pembiayaan BRIEF-i, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Bank Rakyat dan QR2E (Quick Response to Entrepreneurs) di www.bankrakyat.com.my dan https://gr2e.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana Pusat Perbankan Perniagaan Bank Rakyat.



Read More

Previous Post

“6 மாதத்திற்குள் திருமணம்… இல்லாவிட்டால் வேலை இல்லை” – ஊழியர்களை எச்சரித்த நிறுவனம்.. என்ன காரணம்?

Next Post

செவ்வந்தியை பிடித்தால் மில்லியன் ரூபா பணம் : அதிரடி அறிவிப்பு

Next Post
செவ்வந்தியை பிடித்தால் மில்லியன் ரூபா பணம் : அதிரடி அறிவிப்பு

செவ்வந்தியை பிடித்தால் மில்லியன் ரூபா பணம் : அதிரடி அறிவிப்பு

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin