Sungai Petani, September-
Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang membawa sebilah parang ketika dipercayai meminta sedekah di sekitar Taman Pekan Baru, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berumur 44 tahun ditahan ketika berlegar-legar berhampiran sebuah restoran kira-kira pukul 11 malam tadi.
Menerusi satu video tular, lelaki terbabit dilihat menghampiri sebuah kereta dipercayai untuk meminta wang sebelum menjerit selepas pemandu berkenaaan enggan melayan permintaannya.
Katanya, suspek yang berasal dari Bakar Kapor, di sini dikesan selepas video kejadian itu tular di media sosial dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
“Suspek merupakan gelandangan serta tiada rekod masalah mental. Semasa tangkapan, tiada senjata dijumpai pada suspek,” katanya di sini.



