Kuala Lumpur, Oktober 10–
Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup bernilai RM2,500 seorang yang memberi manfaat kepada seramai 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian tersebut bagi memastikan kebajikan pelajar pra-universiti terus terbela.
“Seperti telah saya umumkan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah 2,500 ringgit,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, kadar baharu elaun berkenaan menyamai kadar yang diterima oleh pelajar matrikulasi, sekali gus memperkasa serta memberikan kesaksamaan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



