• Login
Saturday, May 2, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Lebih banyak inisiatif perkukuh ekonomi komuniti India! – Ramanan | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
January 2, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 3 mins read
0
Lebih banyak inisiatif perkukuh ekonomi komuniti India! – Ramanan | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Kuala Lumpur, Jan-
Lebih banyak inisiatif dalam memperkukuhkan lagi ekonomi komuniti India akan dilaksanakan kerajaan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pembangunan ekonomi komuniti itu seiring dengan proses pembangunan negara seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri telah menyarankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk mengusahakan lebih banyak lagi inisiatif untuk komuniti India.

Pada masa sama, beliau (Anwar) juga telah menyatakan kepada saya untuk menggerakkan dan mengilhamkan lagi program yang dapat memberi manfaat (kepada komuniti India) melalui agensi kerajaan yang lain.

“Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup komited dalam pegangannya untuk membela harapan dan nasib semua bangsa di negara ini termasuk masyarakat India. Perdana Menteri melihat, mendengar dan membaca setiap perkembangan berkaitan dengan hal ehwal komuniti India di negara ini,” katanya dalam kenyataan sempena Tahun Baharu 2025 di sini .

Ahli Parlimen Sungai Buloh yang diberikan tugas dan tanggungjawab menjaga kepentingan masyarakat India itu berkata, komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti India di negara ini terserlah melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2024.

“Malah setiap kali KUSKOP melancarkan inisiatif baru, beliau (Perdana Menteri) akan menghubungi saya untuk memastikan segala inisiatif mendahulukan sistem penyampaian, pemantauan dan perlaksanaan yang terbaik. Beliau cukup prihatin dengan ‘keberhasilan’ setiap inisiatif yang dilaksanakan,” katanya.

Ramanan berkata setakat ini tujuh inisiatif diumumkan KUSKOP telah memberikan impak yang cukup baik dan untuk tahun depan, proses penambahbaikan dan tambah nilai akan dilaksanakan sebelum diumumkan, yang pastinya memberi khabar gembira.

“Harapan saya hanyalah, pastikan segala program, inisiatif yang diumumkan dapat dikongsikan termasuk cerita-cerita kejayaan. Jangan kita terpedaya dan terpengaruh dengan cerita-cerita “syok sendiri” yang direka oleh kumpulan tertentu untuk kepentingan politik,” katanya.

Pada 2024, menerusi inisiatif Vanakam MADANI, Ramanan berkata kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada 90 rumah ibadat masyarakat India di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM3.17 juta.



Read More

Previous Post

New Orleons Attack: புத்தாண்டு கொண்டாட்டத்தில் தாக்குதல்…15 பேர் உயிரிழப்பு! – என்ன நடந்தது?

Next Post

நாடளாவிய ரீதியில் பாடசாலை கல்வி நடவடிக்கைகள் மீண்டும் ஆரம்பம்

Next Post
நாடளாவிய ரீதியில் பாடசாலை கல்வி நடவடிக்கைகள் மீண்டும் ஆரம்பம்

நாடளாவிய ரீதியில் பாடசாலை கல்வி நடவடிக்கைகள் மீண்டும் ஆரம்பம்

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • About us
  • Contact us

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin