• Login
Friday, June 19, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Bicara kes bunuh Nhaveen disambung | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
June 19, 2026
in மலேசியா
Reading Time: 2 mins read
0
Bicara kes bunuh Nhaveen disambung | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Putrajaya, Jun-

Perbicaraan kes bunuh T. Nhaveen akan bersambung selepas tergendala sejak 2023 berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh kelima.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memberitahu panel tiga hakim diketuai Nordin Hassan, cubaan berulang kali untuk menyerahkan notis rayuan kepada S. Gopinath, 35, gagal walaupun usaha mengesannya di alamat terakhir yang diketahui telah dilakukan.

Memohon arahan mahkamah, Allan memaklumkan panel hakim bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya menjejaki Gopinath.

Nordin yang bersidang bersama Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Azimah Omar kemudiannya membatalkan notis rayuan itu.

Pendakwaan merayu keputusan pembebasan Gopinath selepas Mahkamah Rayuan pada 13 Jan tahun lalu mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan empat lagi tertuduh dalam kes sama, sebaliknya mengarahkan mereka membela diri.

Empat individu terbabit, iaitu J. Ragesuthan, S. Gokulan, dan dua lagi yang merupakan pesalah juvana ketika kejadian, didapati harus membela diri selepas Mahkamah Rayuan memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2023, namun ditahan semula dan direman susulan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pengurusan kes ditetapkan pada 3 Julai bagi membolehkan Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan.

Nhaveen, 18, meninggal dunia pada 15 Jun 2017 akibat kecederaan parah di kepala selepas diserang dengan kejam, sekali gus mencetuskan kemarahan seluruh negara berhubung isu buli dan keganasan homofobia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor, antara 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun 2017.



Read More

Previous Post

Hormuz strait | ஒரேநாளில் ஹார்முஸ் நீரிணையை கடந்த 1.20 கோடி கச்சா எண்ணெய் பேரல்கள்! | World News (உலக செய்திகள்)

Next Post

சடலமாக மீட்கப்பட்ட பெண்ணின் கணவர் சொப்ட்வேர் இன்ஜினியர்

Next Post
சடலமாக மீட்கப்பட்ட பெண்ணின் கணவர் சொப்ட்வேர் இன்ஜினியர்

சடலமாக மீட்கப்பட்ட பெண்ணின் கணவர் சொப்ட்வேர் இன்ஜினியர்

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin