Shah Alam, Jun –
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 4 petang pada Selasa.
MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12 tengah hari memaklumkan, kawasan terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah serta Kampar.
“Di Pahang, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron.
“Bagi Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kapit meliputi Kapit, Bukit Mabong dan Belaga, selain Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang,” katanya.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah, namun maklumat lanjut tertakluk kepada kemas kini semasa agensi berkenaan.



