Petaling Jaya, Jun-
Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan hukuman tidak masuk akal dikenakan terhadap Selangor FC kerana tidak hadir aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, bulan lalu.
Sultan Selangor murka dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
“Hukuman yang dijatuhkan adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” titah baginda dalam kenyataan.
Semalam, MFL mengumumkan denda RM100,000 terhadap Selangor FC, bayaran pampasan kerugian ditanggung pasukan tuan rumah, JDT, dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.


