Kota Tinggi, Mac-
Sepasang suami isteri cedera selepas kenderaan yang mereka dinaiki melanggar seekor gajah di Jalan Mawai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman yang mengesahkan perkembangan berkenaan berkata kemalangan jam 10.40 malam itu juga menyebabkan kenderaan mangsa rosak.
Katanya, gajah berkenaan yang dilaporkan menghalang laluan kenderaan suami isteri itu, memasuki semula kawasan hutan di situ sejurus kemalangan.
“Pemandu berkenaan berusia 53 mengalami kecederaan ringan serta isterinya juga cedera di bahagian dagu,” katanya ketika dihubungi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Aminuddin Jamin berkata pihaknya belum menerima maklumat lengkap berkaitan kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh dua minggu lalu, seekor anak gajah turut terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan.”Kejadian itu mengakibatkan anak gajah itu mati manakala individu yang menaiki kereta berkenaan selamat,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial yang berkongsi maklumat di Facebook, menyatakan laluan di kawasan itu agak gelap berikutan ketiadaan lampu, sekali gus memaksa pengguna


