Shah Alam, Nov-
Starbucks Malaysia menafikan dakwaan lebih 100 cawangan ditutup di negara ini, sebaliknya hanya menghentikan operasi buat sementara waktu di beberapa premis.
Menurut syarikat tersebut, langkah itu merupakan sebahagian daripada penilaian berterusan bagi membolehkan mereka menyelaraskan kedudukan lebih strategik tanpa kehilangan pekerja.
“Kenyataan bahawa lebih daripada 100 cawangan Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah tidak benar.
“Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup, hanya buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


