Manjung, Jun-
Polis memburu dalang yang Pelemparn molotov koktail sehingga mengakibatkan kebakaran dua kenderaan di sebuah rumah di Taman Singa Baru 2, Kampung Koh, Sitiawan, di sini pada Selasa lalu, polis giat memburu dalang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.40 pagi, sebuah motosikal dan kereta milik seorang jurujual wanita berusia 56 tahun hangus dijilat api.
Menurutnya, satu botol kaca dipercayai molotov koktail ditemui di lokasi kejadian berserta sehelai kertas yang tertera nama anak kepada wanita itu di luar pagar rumah terbabit.
“Siasatan awal mendapati, punca kejadian berkemungkinan berkait dengan anak ketiga mangsa yang tinggal dan bekerja di Singapura belum melangsaikan hutang dengan along dari negara itu, walaupun wanita terbabit sudah membantu memberikan sejumlah wang.
“Berdasarkan keterangan pengadu, polis mengesyaki kejadian didalangi dua suspek dan usaha mengesan mereka masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya ketika dihubungi.


