George Town, Sep-
Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam insiden kehilangan wang tunai berjumlah RM60,000 milik seorang lelaki tempatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 54, semalam yang menyedari wang tunai yang disimpan di dalam sebuah beg galas miliknya hilang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas dekat sini.
“Mangsa mengesyaki seorang lelaki warga asing yang berada dalam penerbangan sama terlibat dalam kejadian curi tersebut dan polis menjalankan siasatan termasuk mendapatkan maklumat penumpang penerbangan itu.
“Kami juga meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pergerakan individu yang disyaki itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



