• Login
Tuesday, March 31, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Ramasamy mengaku tidak bersalah, 17 pertuduhan pecah amanah | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
May 14, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 3 mins read
0
Ramasamy mengaku tidak bersalah, 17 pertuduhan pecah amanah | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Butterworth, Mei-
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).

Ramasamy dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kesemua pertuduhan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, hari ini.

Sebanyak 13 daripada pertuduhan melibatkan pembelian pedati emas, manakala empat lagi berkaitan kelulusan bantuan – dua untuk pendidikan dan dua lagi untuk perubatan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-13, Ramasamy, 76 didakwa sebagai Pengerusi LWHNPP, yang telah diamanahkan dengan penguasaan dana milik LWHNPP, melakukan pecah amanah jenayah membabitkan jumlah keseluruhan RM779,131.29.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua buah bank berasingan di George Town antara Mei 2019 hingga April 2023.Hakim kemudiannya menetapkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, Ramasamy didakwa melakukan pecah amanah jenayah apabila secara tidak jujur menggunakan dana LWHNPP untuk membuat bayaran RM50,000 melalui satu cek atas nama V. Mangayakarasiy pada 9 Mac 2020, dan RM15,000 melalui satu cek atas nama Danial Saundra Rajan Abdullah pada 24 Ogos 2021.

Kedua-dua bayaran tersebut melibatkan bantuan perubatan yang dilakukan tanpa kelulusan mesyuarat LWHNPP.

Dua pertuduhan selebihnya melibatkan bayaran bantuan pendidikan, iaitu RM10,000 melalui satu cek atas nama T. Sugheetha pada 5 Januari 2022, dan RM5,000 melalui satu cek atas nama C Gowreshankere pada 9 Februari 2022, juga tanpa kelulusan LWHNPP.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan melibatkan bayaran perubatan, dan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan melibatkan bantuan pendidikan.

Ramasamy turut dikenakan syarat tambahan sama – menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali.

Jumlah keseluruhan jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah ialah RM78,000, yang telah dibayar oleh Ramasamy.



Read More

Previous Post

“அமெரிக்காவுடனான பேச்சுவார்த்தையில் வர்த்தக விவகாரம் வரவில்லை” – ட்ரம்ப் கூற்றுக்கு இந்தியா மறுப்பு | Indian government rejected america president trump trade claim in india pakistan conflict end

Next Post

அமெரிக்கப் பொருட்களுக்கு கூடுதல் வரி விதிக்கும் இந்தியா

Next Post
அமெரிக்கப் பொருட்களுக்கு கூடுதல் வரி விதிக்கும் இந்தியா

அமெரிக்கப் பொருட்களுக்கு கூடுதல் வரி விதிக்கும் இந்தியா

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • About us
  • Contact us

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin