Kuala Lumpur, Jun-
Perdana Menteri China, Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia mulai esok untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Ini lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Mac 2023, satu peristiwa yang sangat signifikan yang menurut penganalisis, akan meningkatkan hubungan strategik komprehensif ke tahap baharu.
“China berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia melalui lawatan ini, untuk meneruskan persahabatan tradisional, memperdalam dan mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
“Memperkukuh dan memantapkan komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama dan bersama-sama membuka lembaran baharu 50 tahun hubungan dua hala yang lebih gemilang,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian semasa sidang akhbar di Beijing sebelum ini.


