Putrajaya, Mac-
Genap 11 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini Malaysia menegaskan komitmen untuk meneruskan operasi pencarian pesawat MH370 bersandarkan petunjuk berwibawa, sekali gus memberikan jawapan yang diperlukan keluarga mangsa.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan, memaklumkan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu, kerajaan bersetuju menerima cadangan Ocean Infinity (United Kingdom) bagi memulakan semula operasi pencarian di kawasan baharu seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.
“Operasi ini akan dilaksanakan berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’,” yang bermaksud tiada sebarang pembayaran akan dibuat melainkan bangkai pesawat ditemukan.
“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan usaha pencarian bersandarkan petunjuk yang berwibawa demi menjejaki lokasi terakhir MH370, sekali gus memberikan jawapan yang amat diperlukan oleh waris keluarga mangsa,” menurut kenyataan itu,