Kuala Lumpur, Nov-
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan pada bulan lalu.
Pegawai teknologi maklumat K. Kaarthiek, 26, dan pemandu lori A Hariprasanth, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di Jalan Orkid berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan antara 6.18 petang 24 Oktober 2025 hingga 2.17 pagi pada 25 Oktober 2025.




