Kuala Lumpur, Apr-
Seorang lelaki warga Sri Lanka ditemui mati dalam sebuah premis di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik selepas kawasan itu dilanda banjir.
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat pada 10.51 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati premis berkenaan merupakan sebuah stor menyimpan barang pembinaan yang turut dijadikan tempat tinggal mangsa.
“Pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang lelaki warganegara Sri Lanka berumur 27 tahun dalam keadaan tertiarap, memakai baju-T merah berlengan pendek dan seluar pendek coklat,” katanya dalam kenyataan.
Iqbal berkata, juga ditemui seekor anjing yang mati di sisi mangsa, dipercayai turut terkena renjatan elektrik.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan lain yang boleh menyebabkan kematian.
“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.


