[ad_1]
Kuala Selangor, Sep-
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini hari ini, atas tuduhan melepaskan tembakan, akhir bulan lalu.
P. Sivakumaran, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Tertuduh didakwa melepaskan tembakan ke udara dan bukan di padang tembak.
Kesalahan itu dilakukan di kuil penganut Sri Muniandy Swamy, Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya di sini pada jam 11.30 pagi, 31 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM 2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zaki Mohd Zahid yang memohon jaminan RM5,000 bagi pertuduhan dengan mengambil kira kepentingan awam dan liputan kes.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Oktober depan.