Kuala Lumpur, Julai-
Dewan Rakyat hari ini diberitahu sejumlah 9,159,151 dos vaksin Covid-19 telah luput mengakibatkan kerugian RM185 juta yang turut dianggarkan berdasarkan kos penyimpanan dan logistik.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata jumlah vaksin pelbagai jenama itu meliputi 10.8% daripada keseluruhan 84.5 juta dos vaksin diterima kerajaan sejak program imunisasi bermula pada 24 Feb 2021.
“Kurang lebih kita tanggung atas perkara kerugian yang kita tanggung RM185 juta, ini termasuk hal berkait logistik, simpanan, perstoran dan sebagainya,” kata Dzulkefly menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


