Putrajaya, Julai-
Kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata isu terbabit masih dalam urusan mahkamah.
“Tak apa dan (adendum masih) urusan mahkamah sekarang, tak ada masalah. (Biar) urusan mahkamah.
“Pandangan masing masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di sini, hari ini .
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan UMNO memohon titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara, semalam.