Kuala Lumpur, Apr-
Dua lelaki warga asing cedera selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen (Imigresen) di Medan Imbi, di sini, malam tadi.
Selain itu, seorang wanita warga asing yang dilihat berkasut tumit tinggi turut cuba melarikan diri namun cubaannya gagal sebelum dia tiba-tiba pitam.
Itu antara ‘drama’ yang berlaku ketika operasi dijalankan, dengan ketiga-tiganya berjaya ditahan sebelum diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Dalam operasi bermula jam 7.30 malam, seramai 895 individu diperiksa, terdiri daripada 749 warga asing dan 146 warga tempatan dengan 506 warga asing ditahan untuk pemeriksaan lanjut.


