Kuala Lumpur, Feb – Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memuat naik hantaran berunsur hasutan di Facebook, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hantaran itu antara lain menyatakan komuniti India tidak bertamadun serta menyentuh isu kuil haram yang jelas bersifat menghasut, menghina dengan niat mengganggu ketenteraman awam.
“Sepasukan polis telah membuat tangkapan ke atas suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikenali sebagai Cikgu Chandra sekitar pukul 3 petang semalam.




