Kuala Lumpur, Nov-
Lebih 13.1 juta daripada 16.5 juta rakyat Malaysia, iaitu hampir 80 peratus menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan nilai jualan lebih RM2.66 bilion atau 1.33 bilion liter, setakat 31 Oktober 2025.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata pelaksanaan BUDI95 pada bulan pertama berjalan lancar dengan sistem beroperasi secara baik, tiada kerumitan dan pengguna tidak beratur panjang di stesen minyak.
“Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk memastikan pelaksanaan sistem RON95 dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan.
“Sebagai contoh, kerajaan telah menambah golongan pengguna bot sungai dalam pangkalan data rakyat yang layak untuk subsidi RON95, malah pemandu e-hailing diberi hak kelayakan tambahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.




