Balik Pulau, Mac-
Tindakan seorang lelaki warga emas yang bergurau kononnya bagasi rakannya mengandungi bom membawa padah apabila dia ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata dalam kejadian jam 10.30 malam itu, lelaki tempatan berusia 64 tahun secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya yang berusia 60 tahun mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.
“Semasa kejadian, kedua-dua warga emas itu dijadualkan menaiki penerbangan ke China,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada bahan berbahaya dijumpai dalam bagasi mereka, namun kedua-duanya direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.