Kuala Lumpur, Mei-
Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred termasuk Beras Putih Import (BPI) yang disubsidi dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dari sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata operasi oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dibuat di gudang terbabit menerusi Op Taring Bravo pada 15 dan 16 Mei lalu.
Menurutnya, pemeriksaan bersama polis dan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia itu mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
KPB menyita stok beras terbabit serta dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut .


