Kuala Lumpur, Apr.
Kepimpinan Umno memberitahu Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh, berhenti membangkitkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart, kata Bung Moktar Radin.
Ketua Umno Sabah berkata, Akmal diberitahu untuk berbuat demikian selepas didedahkan bahawa KK Mart tidak mempunyai kawalan ke atas bekalan stoking itu serta telah memohon maaf dengan segera “Ini bukan soal sama ada kita setuju dengan Akmal atau tidak, tetapi Umno sudah mengarahkannya untuk berhenti (membangkitkan isu itu) pada mesyuarat baru-baru ini.
Malah presiden parti, Zahid Hamidi, dan Yang di-Pertuan Agong (juga) telah menyeru agar isu itu ditamatkan,” katanya, lapor The Vibes.




