Kuala Lumpur, Apr-
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bahawa Malaysia akan menghantar wakil rasmi ke Amerika Syarikat (AS) untuk membincangkan tarif 24% dikenakan ke atas import dari Malaysia.
Beliau berkata perdagangan Malaysia dengan negara itu selama ini telah menjadi contoh kerjasama yang saling menguntungkan dan memanfaatkan kedua-duanya, dengan eksport Malaysia menyokong pertumbuhan negara dan menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi.Namun, beliau berkata tarif berkuat kuasa esok itu mungkin memberi kesan negatif kepada ekonomi kedua-duanya.
“Sebagai sebahagian daripada diplomasi berlandaskan perbincangan, kita akan menghantar pegawai ke Washington untuk memulakan proses dialog,” katanya berucap pada Persidangan Pelaburan ASEAN di sini.
Pada 2 April, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan beberapa tarif baharu yang secara langsung menaikkan duti import ke atas beberapa rakan dagang Washington di Asia Tenggara.
Negara paling terkesan ialah Kemboja dengan tarif asas sebanyak 49%, diikuti oleh Laos (48%), Vietnam (46%) dan Myanmar (44%).
Thailand dikenakan tarif sebanyak 36%, Indonesia 32%, Brunei dan Malaysia masing-masing 24%, Filipina 17%, dan Singapura 10%.
Anwar dalam ucapan itu juga berkata kepelbagaian perdagangan, integrasi ekonomi lebih erat dan inisiatif di peringkat sub-wilayah akan membantu mengurangkan kesan tarif itu.


