• Login
Monday, May 11, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Negeri Sembilan Giat Mempromosikan Pelancongan Inap Desa ke Peringkat Antarabangsa | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
March 14, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 4 mins read
0
Negeri Sembilan Giat Mempromosikan Pelancongan Inap Desa ke Peringkat Antarabangsa | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


R.Kaaviyah,

Port Dickson,

Kerajaan Negeri Sembilan aktif mempromosikan pelancongan inap desa ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berkata usaha ini dijalankan menerusi penyertaan dalam International Tourismus Borse (ITB) di Berlin. Melalui program ini, ejen pelancongan diberi peluang untuk merasai pengalaman inap desa, sekali gus menggalakkan mereka memasukkan sektor ini dalam pakej pelancongan mereka.

“Dari segi promosi, kita telah membawa ramai pelancong luar negara, termasuk seramai 500 pelancong dari China yang baru-baru ini menginap di Inap Desa D’Pelandok Best.

“Selain menikmati pengalaman tinggal dalam suasana kampung, mereka juga berpeluang mengenali permainan serta makanan tradisional, di samping mendapat pendedahan tentang adat kenduri kahwin,” katanya dalam sesi Libat Urus bersama Penggiat Industri Pelancongan TMM2026 di Lexis Hibiscus pada Khamis.

Program ini adalah kesinambungan sesi pertama yang telah diadakan di Petaling Jaya pada Januari lalu sebagai inisiatif memperkukuh hala tuju industri pelancongan negara serta membina momentum ke arah sasaran nasional menjelang TMM2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Menurut Nicole, bagi memastikan kelancaran sektor pelancongan inap desa, kerajaan negeri turut membantu pengusaha menaik taraf kemudahan inap desa mereka, terutama selepas banyak yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketika ini, terdapat kira-kira 15 inap desa beroperasi di Negeri Sembilan, dengan kebanyakannya terletak di Port Dickson. Kerajaan negeri juga sedang berusaha memperkembangkan sektor ini ke kawasan lain seperti Labu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kampungstay dan Homestay Negeri Sembilan, Mistam Taib, memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan sekitar RM3 juta untuk memulihkan serta menaik taraf fasiliti inap desa, khususnya bagi pembinaan dewan yang dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dalam menjalankan aktiviti.

“Kami amat memerlukan dewan kerana setiap kali ada aktiviti, kami terpaksa menyewa khemah. Dengan bantuan dana, tanah kosong yang tidak dimanfaatkan boleh dibangunkan untuk kemudahan ini.

“Selain pelancong, dewan terbuka ini juga boleh digunakan oleh penduduk setempat untuk acara seperti kenduri kahwin dan aktiviti berkala,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sokongan daripada Motac dan kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong, sekali gus merancakkan ekonomi penduduk kampung.

Setakat ini, terdapat sembilan inap desa aktif di Negeri Sembilan, antaranya di Kampung Pachitan, Rawa, Gemas, Pasoh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Lonek dan Pelegong.



Read More

Previous Post

Gold Rate: பட்ஜெட் நாளில் ரூ.65,000-த்தை கடந்த தங்கம் விலை..! இன்றைய விலை நிலவரம் என்ன?

Next Post

Tamilmirror Online || போர்நிறுத்தத்தை நிராகரித்தது ரஷ்யா

Next Post
Tamilmirror Online || போர்நிறுத்தத்தை நிராகரித்தது ரஷ்யா

Tamilmirror Online || போர்நிறுத்தத்தை நிராகரித்தது ரஷ்யா

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • About us
  • Contact us

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin