• Login
Tuesday, August 18, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Mahkamah Singapura benar penangguhan hukuman Pannir | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
February 20, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 2 mins read
0
Mahkamah Singapura benar penangguhan hukuman Pannir | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Kuala Lumpur, Feb-
Warga Malaysia P. Pannir Selvam telah diberikan penangguhan hukuman mati pada saat-saat akhir oleh Mahkamah Rayuan Singapura hari ini.

Pannir, yang disabitkan pada 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84gm dadah jenis heroin ketika diperiksa di pos pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014, dijadualkan berdepan hukuman mati esok.

Peguamnya di Malaysia L. Surendran, berkata penangguhan itu dibenarkan oleh Hakim Woo Bih Li hari ini susulan cabaran berterusan Pannir terhadap Seksyen 18(2) Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura.

Selain itu, ia juga berkait aduan berterusannya mengenai kelakuan peguamnya di Singapura sebelum ini, Ong Ying Ping.

Di bawah Seksyen 18(2), sesiapa yang terbukti atau dianggap mempunyai dadah terkawal dalam milikan mereka dianggap telah mengetahui sifat dadah itu, melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

“Kami tidak mempunyai perkataan untuk menggambarkan perasaan lega semua orang,” kata Surendran kepada FMT.

“Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Pannir masih dihukum mati… Ia bukan hanya Pannir. Ramai rakyat Malaysia yang lain bakal menghadapi hukuman gantung di Singapura sekarang.”

Di bawah undang-undang Singapura, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 15g diamorphine atau heroin tulen atau lebih 250g methamphetamine, atau lebih 500g ganja, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Pannir, yang diberi bungkusan oleh seorang warga Malaysia untuk diserahkan kepada seorang lelaki Singapura sebaik tiba di Singapura, secara konsisten menafikan mengetahui bungkusan itu mengandungi dadah.

Pannir juga diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman mati pada 2019.



Read More

Previous Post

Rekha Gupta | 10 நாட்கள் இழுபறிக்கு பின் முடிவு.. டெல்லியின் புதிய முதல்வர் இன்று பதவியேற்பு

Next Post

கணேமுல்ல சஞ்சீவ சுட்டுக்கொலை: உடன் பதவி விலகுங்கள்: கொதித்தெழுந்த சாணக்கியன்

Next Post
கணேமுல்ல சஞ்சீவ சுட்டுக்கொலை: உடன் பதவி விலகுங்கள்: கொதித்தெழுந்த சாணக்கியன்

கணேமுல்ல சஞ்சீவ சுட்டுக்கொலை: உடன் பதவி விலகுங்கள்: கொதித்தெழுந்த சாணக்கியன்

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin