Johor Bahru, Jun-
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu membuat laporan polis semalam, mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari sebuah kontinjen di utara tanah air.
“Individu itu memaklumkan kepada mangsa kononnya telah menemukan kad mesin juruwang automatik (ATM) atas namanya dalam satu serbuan yang dijalankan serta mendakwa dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.


