[ad_1]
Shah Alam, Sep-
Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan kecederaan ditemui dalam keadaan terbaring di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat Kapar, Klang di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 3.30 pagi tadi yang memaklumkan lelaki terbaring di lokasi berkenaan.
“Siasatan awal di lokasi mendapati, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.
“Mayat yang disyaki mati dibunuh itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahmah (HTAR) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook memaklumkan penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di luar sebuah kereta yang dipercayai tersadai sejak petang semalam di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat.