[ad_1]
Tuaran, Sep-
Lima pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di simpang Pusat Latihan RELA, Jalan Sulaman, di sini, awal petang tadi.
Mereka dikenali sebagai Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20 manakala seorang lagi lelaki masih belum dikenal pasti identitinya.
Semua pelajar itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat parah manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian kira-kira jam 2 petang, ketika kereta jenis Toyota Wish dinaiki kelima-lima mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sepanggar menuju ke Kota Belud.
Kenderaan dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah lori membawa muatan batu kelikir yang datang dari arah bertentangan, selepas Toyota Wish dipercayai terbabas.