Kuala Lumpur, Ogos-
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai selepas tergelincir lalu terjatuh dari tingkat 20 sebuah apartmen di Bukit Jalil, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melalui MERS999 pada jam 10.45 pagi.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 25 tahun itu naik ke tingkat 20 apartmen berkenaan dipercayai untuk berjumpa teman wanitanya kira-kira jam 3.30 pagi.
“Lelaki itu dikatakan cuba menghubungi teman wanitanya tetapi gagal dan kemudian cuba memanjat tebing sebelah rumah sebelum dipercayai tergelincir lalu jatuh dari tingkat 20,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Aidil berkata, mangsa yang parah di kepala dan anggota badan lain kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.
Aidil berkata, mangsa yang parah di kepala dan anggota badan lain kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.




