Kuala Lumpur, Ogos-
Sebanyak 2,752 kes remaja hamil direkodkan di fasiliti kesihatan kerajaan tahun lalu, meningkat 15 kes atau 0.5 peratus berbanding 2023.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata Sarawak mencatatkan jumlah kes tertinggi diikuti Sabah dan Pahang.
“Bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, 655 kes remaja hamil di bawah usia 18 tahun telah direkodkan.
“Berdasarkan kajian diterbitkan dalam Medical Journal of Malaysia pada 2015, antara punca utama kehamilan remaja di Malaysia ialah kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif menyeluruh yang menyebabkan ramai remaja tidak memahami dengan jelas cara melindungi diri daripada kehamilan tidak dirancang.
Dapatan ini juga disokong Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Remaja Terhadap Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang diterbitkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada2019,” katanya pada Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, semalam.




