Kuala Lumpur, Jun-
Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Terengganu yang terlibat dalam kes buli telah diarahkan dibuang daripada sekolah berkenaan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki sambil menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap perbuatan itu atas apa jua alasan.
“Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat untuk pembuli di mana-mana MRSM,” katanya di Facebook.
Asyraf turut menegaskan Mara tidak akan melayan sebarang rayuan dikemukakan oleh pelajar terbabit.
Semalam, Ketua Polis Daerah Besut Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata polis telah mengenal pasti pelajar yang dipercayai membuli pelajar tingkatan dua MRSM di Besut, Selasa lalu.
Menurutnya, permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.
Mangsa mendakwa ditumbuk di perut dan ditampar di muka.




