• Login
Thursday, April 2, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Air Selangor Sokong Kempen BijakAir MADANI, Galak Kesedaran Pengguna Melalui Aplikasi Air Selangor 2.0 Demi Kelestarian Air . | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
May 9, 2025
in மலேசியா
Reading Time: 4 mins read
0
Air Selangor Sokong Kempen BijakAir MADANI, Galak Kesedaran Pengguna Melalui Aplikasi Air Selangor 2.0 Demi Kelestarian Air . | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Kuala Lumpur ,

Susulan pelancaran Kempen BijakAir MADANI oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Loji Rawatan Air Langat 2 hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menzahirkan sokongan penuh dengan mengetengahkan aplikasi Air Selangor 2.0 sebagai platform digital utama bagi melaporkan kebocoran paip di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta memantau penggunaan air harian 9.62 juta penggunanya.

Air Selangor telah memperkenalkan pelbagai inisiatif digital untuk mendidik dan
membudayakan penggunaan air hemat dan bijak dalam kalangan penggunanya, sebagai sebahagian daripada komitmen lestari Air Selangor. Aplikasi mudah alih Air Selangor 2.0 kini dilengkapi dengan ciri ‘Report Leaks’ (atau Laporan Kebocoran) yang membolehkan pengguna melaporkan paip bocor, paip pecah, meter rosak, dan sambungan haram secara langsung dan dalam masa nyata. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) dan memastikan pengurusan air yang lebih cekap.

Selain itu, aplikasi tersebut juga menyediakan fungsi pemantauan penggunaan air melalui penunjuk Liter per Kapita Sehari (LCD), membolehkan pengguna menilai dan mengurus penggunaan air harian mereka dengan lebih berkesan. Pengguna boleh membandingkan penggunaan mereka dengan penanda aras yang disyorkan oleh SPAN, iaitu 160 liter sehari, serta menerima tip penjimatan air yang disesuaikan dengan profil isi rumah mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, “Kempen BijakAir MADANI selari dengan aspirasi Air Selangor untuk memperkasakan pengguna agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam pemuliharaan air. Melalui aplikasi Air Selangor 2.0, kami menyediakan platform yang memudahkan pengguna melaporkan isu kebocoran dan memantau penggunaan air mereka, sejajar dengan usaha kami untuk mencapai kelestarian perkhidmatan air.”

Sokongan terhadap kempen BijakAir MADANI ini juga sejajar dengan Memorandum
Kerjasama (MoC) yang termeterai antara Air Selangor dan Monsta Studios Sdn. Bhd.
(Monsta) pada April 2025 bagi memperkukuhkan lagi usaha bersama untuk mempromosikan kesedaran mengenai penjimatan air dalam kalangan generasi muda.

Memorandum kerjasama ini menggariskan objektif usahasama selama tiga (3) tahun, bermula 2025 hingga 2027 untuk menghasilkan lebih banyak program dan aktiviti kreatif yang melibatkan generasi muda dalam menyemai kesedaran tentang pemuliharaan air sejak peringkat awal.

Kempen BijakAir MADANI merupakan inisiatif nasional yang bertujuan memupuk budaya penggunaan air secara berhemat bagi memastikan kelestarian bekalan air jangka panjang. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, serta wakil agensi-agensi berkaitan perkhidmatan air. Kempen ini turut menampilkan pelbagai aktiviti dan pendidikan melibatkan kerjasama strategik antara operator perkhidmatan air, pembetungan, serta agensi-agensi berkaitan dalam memastikan penglibatan aktif orang awam sebagai agen perubahan demi kelestarian sumber air negara.

 



Read More

Previous Post

India – Pakistan Conflict: ‘இன்னும் ஏன் சீனா பாகிஸ்தானுக்கு உதவ முன்வரவில்லை?’ – விளக்கம் சசி தரூர்

Next Post

இலங்கை விமானப்படைக்கு சொந்தமான ஹெலிகொப்டர் விபத்துக்குள்ளானது

Next Post
இலங்கை விமானப்படைக்கு சொந்தமான ஹெலிகொப்டர் விபத்துக்குள்ளானது

இலங்கை விமானப்படைக்கு சொந்தமான ஹெலிகொப்டர் விபத்துக்குள்ளானது

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • About us
  • Contact us

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin