George Town, Mei-
Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9 dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, di sini pada Khamis.
Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid; Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo serta barisan pimpinan negeri.
Ramli sebelum itu tiba di Dewan Sri Pinang bersama isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah pada jam 8.30 pagi.
Majlis istiadat tersebut dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan yang diketuai Mejar Mohd Salleh Jamal melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum Ramli diarak masuk ke dewan.
Ramli turut menandatangani surat sumpah jawatan dalam majlis berkenaan yang disaksikan oleh Rozana dan Zulkifli.

Dalam majlis sama, Ramli telah dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan semasa upacara Kawalan Kehormatan Utama menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja.
Ramli, 84, dilantik sebagai TYT Pulau Pinang ke-9 bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak selepas memegang jawatan itu selama satu penggal iaitu pada Mei 2021.
Pelantikan Ramli berkuat kuasa selama empat tahun iaitu bermula 1 Mei 2025 sehingga Mei 2029.
Ramli berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari 1983 hingga 1999.
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah dari 1978 hingga 1999, sebelum menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak dari 1999 hingga 2008.


