Kuala Lumpur, Apr-
Seramai 1,225 mangsa banjir daripada 329 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, setakat jam 8.20 pagi ini.
Jumlah itu meningkat berbanding 979 mangsa (268 keluarga) pada jam 8 malam tadi. Menurut maklumat dalam portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS dibuka di Shah Alam yang menempatkan 774 mangsa (215 keluarga).
Seterusnya, dua PPS dibuka di Klang yang menempatkan 383 mangsa banjir (95 keluarga), manakala 68 orang (19 keluarga) berlindung di sebuah PPS di Subang Jaya.
Jumlah itu membabitkan 395 lelaki, 404 wanita, 189 kanak-kanak lelaki, 209 kanak-kanak perempuan, 13 bayi lelaki dan 15 bayi perempuan.
Mangsa banjir berkenaan termasuk 44 warga emas lelaki, 63 warga emas wanita, 181 orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 206 OKU wanita.


