Kuala Lumpur, Mac-
Pendakwah bebas Zamri Vinoth dilapor bebas lebih awal daripada tahanan di Kangar walaupun perintah reman dua hari berakhir hari ini.
Ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali Chegubard, berkata beliau dibebaskan kerana “tekanan ramai” sebelum solat Jumaat semalam.
Khamis, Zamri ditahan di Perlis dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pagi semalam bagi mendapatkan perintah reman.
Reman dua hari dibenarkan terhadap Zamri bagi membantu siasatan berhubung catatan di Facebook, berkait Kuil Dewi Sri Bathrakaliamman di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata kes disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia susulan satu laporan, yang mana pengadu meminta polis siasat Zamari atas komen yang didakwa mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.-FMT


