Kuala Lumpur, Mac-
Polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menahan lelaki itu di Kangar kira-kira jam 3.30 petang semalam untuk siasatan lanjut selain turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo.
“Lelaki berusia 41 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar sebelum dibawa ke Mahkamah Kangar hari untuk mendapat perintah reman,” katanya kepada media.


