Putrajaya, Mac-
Semua pengguna telekomunikasi warga Malaysia akan menikmati insentif rebat Rahmah berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Berita gembira kepada pengguna prabayar dan pascabayar itu diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media.
Katanya, tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam yang tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile serta TM Tech.
YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.“Kementerian Komunikasi berharap inisiatif ini dapat mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Maklumat lanjut insentif itu akan diumumkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan orang ramai juga boleh merujuk senarai soalan lazim di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan ini.


