Kuala Lumpur, Mac-
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya menyelamatkan 4,869.22 kilogram (kg) lebihan makanan bernilai RM107,190 menerusi menerusi Program MySaveFood di sekitar ibu kota setakat 12 Mac ini.
DBKL memaklumkan, lebihan makanan yang dikumpulkan itu diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Menurutnya, program tersebut dilaksanakan melalui Kempen Sifar Sisa@Bazar Ramadan bermula dari 5 hingga 16 Mac ini melibatkan 12 lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
“Program ini dijayakan dengan kerjasama strategik antara DBKL, SWCorp dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.
“Penglibatan sukarelawan IPT di bawah GEMA membantu mengedarkan makanan serta meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan golongan muda,” menurutnya menerusi Facebook.
DBKL turut menggesa agar inisiatif seperti ini terus disokong demi mewujudkan Kuala Lumpur Sifar Sisa dan mengurangkan kos pengurusan sisa, sambil memberi manfaat kepada mereka yang kurang berkemampuan.