Shah Alam, Mac-
Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu video yang dimuat naiknya mengandungi penghinaan terhadap agama Islam.
Menerusi satu video terbaharu yang dimuat naik di Facebook pada Isnin, individu tersebut mengakui kesilapan dilakukannya tempoh hari.
Menurutnya, dia menjelaskan tindakannya itu berpunca daripada kemarahan terhadap penularan video melibatkan penyampai sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa menghina agama Hindu.
“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya… apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut.“Sebab mereka (penyampai sebuah stesen radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina, tetapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.
Media tempatan pada Khamis melaporkan bahawa pihak polis sedang memburu pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ berhubung kandungan video berdurasi lebih tiga minit.


