Shah Alam, Mac-
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kajang dan Kuala Selangor serta menangkap lapan warga tempatan termasuk seorang perempuan dalam dua kes berasingan, baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata operasi pada 28 Februari hingga 2 Mac itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah KLIA.
Menurutnya, dalam serbuan berkenaan polis merampas 40,885.6 gram dadah jenis ketamin, 32,267 gram erimin 5, 4,252 gram syabu, 3,208 gram MDMA dan 133,520 gram caffien.
“Dalam kes pertama pada 28 Februari, kira-kira jam 9.15 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Kuala Selangor serta menangkap lima lelaki dan seorang perempuan serta menemui ketamin, syabu, erimin 5 dan caffeine.


