Shah Alam, Mac-
Mahkamah Tinggi menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membatalkan membatalkan pertuduhan, sekali gus dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan mengabaikan kanak-kanak autistik terbabit.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak cacat.
“Pertuduhan itu memenuhi syarat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Beban terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan bagaimana pengabaian itu berlaku, dan ia mestilah sesuatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak itu,” kata hakim ketika menyampaikan keputusannya.
Zaim dan Ismanira telah membuat permohonan itu dengan mendakwa pertuduhan jenayah dikenakan ke atas mereka tidak mendedahkan sebarang kesalahan.


