Putrajaya, Jan-
Lebih 3,000 penyokong Najib Razak termasuk daripada PAS berkumpul di luar Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyertai himpunan solidariti terhadap bekas perdana menteri itu berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait titah Adendum.
Beberapa penyokong juga melaungkan slogan ‘Hidup Bosku’ ketika konvoi penjara yang membawa Najib masuk ke pekarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Beberapa pemimpin PAS juga kelihatan hadir termasuk bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh juga antara ahli politik yang dilihat hadir setakat ini.
Dalam satu hantaran di Facebook akmal berkata: ” Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat.”
Beberapa ahli politik juga dilihat masuk ke mahkamah termasuk anak perempuan Presiden Umno Zahid Hamidi, Nurulhidayah, dan Nik Abduh.
Sementara itu, tiga bas yang membawa penyokong Najib dilaporkan dihalang masuk ke Putrajaya pagi ini selepas ditahan di sekatan jalan raya polis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menugaskan 456 pegawai dan anggota polis di seluruh kawasan dalam dan luar Istana Kehakiman.


