Kuala Lumpur, Nov-
Mangsa banjir di negeri yang terlibat seluruh negara terus mencatatkan peningkatan sebanyak 81,036 setakat 12 tengah hari pada Jumaat dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi berbanding direkodkan pagi tadi.
Negeri lain yang terlibat adalah Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak dan tiga negeri yang baru sahaja dilaporkan terkesan dengan banjir iaitu Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Di Kelantan, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,327 orang dengan 230 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 jajahan berbanding 59,232 orang di 221 PPS, pada pagi Jumaat.
Selangor terus mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 312 mangsa berbanding sebelah paginya manakala hanya satu daerah yang terlibat dan dua PPS dibuka iaitu di Klang.


