• Login
Wednesday, March 18, 2026
Geneva Times Tamil
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English
No Result
View All Result
Geneva Times Tamil
No Result
View All Result
  • இந்தியா
  • இலங்கை
  • சிங்கப்பூர்
  • மலேசியா
  • உலகம்
  • வணிகம்
  • விளையாட்டு
  • ஐ.நா
  • English
Home மலேசியா

Bapa dipenjara 8 bulan kerana pukul, paksa 2 anak jalan itik! | Makkal Osai

GenevaTimes by GenevaTimes
June 11, 2024
in மலேசியா
Reading Time: 2 mins read
0
Bapa dipenjara 8 bulan kerana pukul, paksa 2 anak jalan itik! | Makkal Osai
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter


Kuala Lumpur, Jun-
Seorang bapa dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memukul dua anak kandungnya, dua minggu lalu.

Hakim Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dan memerintahkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun lepas.

Berdasarkan keempat-empat pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas anak perempuannya berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 13 tahun, dengan sengaja menganiaya remaja berkenaan sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kepong Utara, Sentul di sini antara 9 malam, 30 Mei hingga 5 pagi, 1 Jun lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 30 Mei sekitar 9 malam hingga 12 tengah malam, tertuduh memukul kedua-dua kaki anak lelakinya dengan menggunakan jaring yang terpasang pada sebatang raket badminton selain turut melempang muka dan memukul bahagian badan remaja berkenaan.

Anak perempuannya turut dipukul dengan jaring raket badminton di muka pada 31 Mei dan bapa mereka juga meminta dua remaja itu berjalan itik di dalam rumah tanpa henti dalam tempoh masa yang lama pada 1 Jun.-BERNAMA



Read More

Previous Post

அசோக் எல்லுசாமி இல்லையென்றால் டெஸ்லா நிறுவனம் இல்லை: தமிழக பொறியாளருக்கு எலன் மஸ்க் புகழாரம் | Elon Musk lauds Indian-origin engineer Ashok Elluswamy

Next Post

’ஐ.எம்.எப். ஒப்பந்தப்படி செயல்பட வேண்டும்’

Next Post
’ஐ.எம்.எப். ஒப்பந்தப்படி செயல்பட வேண்டும்’

’ஐ.எம்.எப். ஒப்பந்தப்படி செயல்பட வேண்டும்’

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Twitter Instagram Youtube LinkedIn

Explore the Geneva Times

  • About us
  • Contact us

Advertise with us:

marketing@genevatimes.ch

Contact us:

editor@genevatimes.ch

Visit us

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • முகப்பு
  • செய்திகள்
    • இலங்கை
    • இந்தியா
    • சிங்கப்பூர்
    • மலேசியா
    • ⁠ஐரோப்பா
    • உலகம்
  • ஜெனீவா
  • வணிகம்
  • U- Report
  • விளையாட்டு
  • மேலும்
    • Today’s Headlines
    • ஆவணப்படம்
  • English

© 2024 Geneva Times Tamil | Desgined & Developed by Immanuel Kolwin