Kuala Lumpur, Jun-
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba ketika menyertai rentas desa.
Mohd Zulkifly Rozak, 31, rebah ketika mengikuti kursus asas itu pada Khamis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.Beliau disahkan meninggal dunia pada 7.45 pagi semalam.
Mangsa yang rebah ketika merentas desa dibawa terlebih dahulu ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, dengan ambulans.“Ketika dibawa, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri , lalu terus dirujuk ke HRPB. Mangsa kemudian ditidurkan pada sebelah malam ketika di HRPB.
“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian disahkan meninggal dunia semalam.
“Punca kematian Mohd Zulkifly disahkan oleh doktor akibat strok haba dan kegagalan organ,” katanya, lapor Bernama.
Mohammad Hafiz berkata, mangsa yang sudah berkahwin, bersama 251 peserta lain melapor diri bagi menjalani kursus asas PGA bermula 28 April dan dijangka tamat pada 26 Julai.


