Kangar, Apr-
Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di lampu isyarat Kangar Jaya di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan berkenaan dilaporkan berlaku pada jam kira-kira 8.35 pagi.
“Polis menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan sebuah ambulans dan SUV di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Ketika kejadian, ambulans yang dipandu lelaki berusia 38 tahun ini sedang dalam perjalanan dari arah Arau menghala ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar membawa seorang pesakit lelaki berusia 82 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.




